Halaman
Khamis, 31 Julai 2025
Pengalaman Ilmu Hikmah
Sabtu, 14 Jun 2025
Pengalaman Ilmu Raja Al Hikmah
Pengalaman Ilmu Raja Al Hikmah
[6/15, 5:36 AM] nor afham: Mlm td masuk tido lps 12tgh malam. Niat utk masuk alam Ruhani tika tidur nanti. Ada mimpi aneh, dlm mimpi tengah solat diwaktu malam, ada pelbagai solat dibuat dr wajib, sunat, qada (maklumlah dulu lalai lbh 15tahun tak solat 😅), tahajud sampailah ke witir. Tiap kali bacaan surah lain dibaca, ada suara dr belakang suruh baca surah Dhuha. Setiap jenis solatnya. Hampir tiap kali suara tu muncul, rasanya mcm terjaga dlm gelap pastu tertido balik. Masuk semula mimpi yg sama tgh solat, suara suruh baca surah Dhuha. Tak taulah time terjaga tu mmg realiti terjaga ataupun part of mimpi. Tp mmg sejak mula buat penyelarasan Raja Al Hikmah dr 1hb May dulu, mmg start buat sunat Dhuha setiap hari 6-12 rakaat, mmg baca surah Dhuhanya. Cuma tak buat bila turun town sekali sekala waktu siang, sunat Dhuha mmg tertinggal.
Terlalu besar ke fadhilat Surah Dhuha berbanding surah lain mcm Al Khafirun dan yang lain²? 🤔
[6/15, 7:38 AM] Azmye Asli: alhamdulillah, semoga Allah merahmati tuan, saya sangat gembira mendengarnya.
surah ad dhuha memang memiliki berita gembira yang jika kita hayati maknanya, hati kita akan bersangatan sedih.
[6/15, 7:43 AM] Azmye Asli: surah ad dhuha diturunkan kepada nabi ketika di mekah.
dikatakan bahawa surah ini turun setelah orang kafir mengejek nabi. mereka mengatakan bahawa Allah telah meninggalkan nabi kerana lama wahyu tidak diturunkan sehingga membuat nabi bersedih.
ada banyak riwayat yang mengatakan tentang ini, dan para ulama berbeza pendapat tentangnya.
ada yang mengatakan 15 hari, 12 hari, 25 hari dan ada juga yang mengatakan selama 40 hari wahyu tidak diturunkan.
[6/15, 7:48 AM] Azmye Asli: pada ketika itu, nabi merasa sangat sedih dan gelisah. nabi merasa risalah kenabian telah terhenti. sehingga ada riwayat yang mengatakan bahawa hampir-hampir nabi terjun dari tempat yang tinggi. namun riwayat ini diperselisihkan oleh para ulama.
akhirnya, Allah ta'ala menjawab ejekan orang-orang kafir yang mengatakan bahawa tuhan muhammad telah meninggalkan muhammad dengan firman-Nya :
Surah ad Dhuha (93:3)
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ ٣
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[6/15, 7:52 AM] Azmye Asli: kejamnya perkataan wanita-wanita musyrik pada ketika itu, ada yang berkata ;
saya melihat kawan kamu telah meninggalkan kamu.
ada riwayat lain mengatakan
syaitan kamu telah meninggalkan kamu
jadi Allah balas jawapan itu dengan
ما ودعك ربك وما قلى
[6/15, 7:58 AM] Azmye Asli: bila datang sumpah (demi) dalam satu ayat, maknanya itu adalah penegasan yang kuat, penting dan besarnya perkara yang hendak disampaikan.
apalagi dalam surah ad dhuha, sumpah itu datang dua kali
"demi waktu dhuha, dan demi malam apabila telah sepi.."
dua kali datang ayat sumpah
[6/15, 8 AM] nor afham: Dlm tiktok ada yg mengatakan dhuha dibaca dari matahari terbit sehingga matahari terbenam. Tp dlm surah sndri ada menyebut perihal malam yang sunyi. Saya berkira, surah ini memang sesuai dibaca pada bila² masa and dengan fahami makna ayat atau memahami maksud keseluruhan surah dhuha ini berkaitan apa, ketika baca, mmg boleh terasa sampai ke hati sebab mmg terkait dgn diri kita tanpa sedar
[6/15, 8:01 AM] Azmye Asli: "demi waktu dhuha, demi malam apabila telah sepi, tuhanmu tidak meninggalkanmu dan dia juga tidaklah benci kepadamu"
[6/15, 8:03 AM] Azmye Asli: kita bila orang yang kita cinta bila tidak layan kita, kita rasa seperti dibenci. perasaan sebegitu sangat sakit.
perasaan dibiarkan, tidak dilayan, tidak dipeduli oleh orang yang kita sayang. perasaan ini sangatlah sakit. cuba bayangkan, seorang nabi, manusia yang paling agung, kekasih tuhan, tidak diturunkan wahyu. bagaimanakah sakitnya perasaan pada ketika itu.
[6/15, 8:13 AM] Azmye Asli: kenapa Allah bersumpah dengan waktu dhuha dan waktu malam, ulama ada menjelaskan sebabnya.
demi waktu dhuha
dhuha adalah sinar cahaya matahari pagi, waktu dhuha adalah waktu mulanya naik matahari pagi, senang sebut waktu mula pagi itu bermula waktu dhuha.
para mufassirin mengatakan, apakah kaitan dhuha dengan surah ini? kerana dhuha itu adalah sinar cahaya matahari pagi ketika baru terbit, ia diumpamakan seperti sinarnya cahaya wahyu.
terus apa kaitannya dengan "waktu malam apabila sepi"? kerana dunia tanpa cahaya matahari adalah kegelapan. begitu juga, hidup tanpa cahaya wahyu adalah kegelapan.
[6/15, 8:16 AM] Azmye Asli: وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ١١
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
[6/15, 8:17 AM] Azmye Asli: sekiranya kita mendapat sebuah nikmat, tidak salah pun untuk kita ceritakan nikmat itu sebagai tanda bersyukur dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk, memandang rendah orang lain dan sombong.
[6/15, 8:18 AM] Azmye Asli: contohnya kita buat satu amal, kita dapat faidahnya, tidak salah pun cerita pada guru.
atau kita dapat nikmat yang lain, tidak salah pun cerita pada orang lain. asalkan niat kita adalah untuk bersyukur.
kerana perintah Allah untuk kita ceritakan nikmat itu.
[6/15, 8:20 AM] Azmye Asli: semua ayat al quran adalah mulia, kita tidak boleh lebihkan surah ini dengan surah yang lain.
[6/15, 8:22 AM] Azmye Asli: suruhan untuk membaca surah ad dhuha itu boleh menjadi isyarat dari alam ruhani untuk memerhatikan, menghayati makna surah itu serta mengamalkan apa yang terdapat dalam surah tersebut.
boleh jadi juga itu adalah isyarat ruhani untuk mengamalkan surah tersebut. jadi, bolehlah amalkan surah tersebut dalam solat sunat mahu pun solat fardhu
[6/15, 8:23 AM] nor afham: Adakah suara berkenaan adalah roh/penjaga surah berkenaan? Kena mendalami lagi makna² tersurat dan tersirat surah ini
[6/15, 8:26 AM] Azmye Asli: kalau itu saya tidak tahu. boleh jadi itu adalah suara khadam surah, rijalul ghaib, para malaikat atau jin muslim
[6/15, 8:26 AM] Azmye Asli: boleh jadi juga itu yang dinamakan sebagai hatif, suara tanpa wujud
Khamis, 12 Jun 2025
Pengalaman Ilmu “Raja al-Hikmah”
Isnin, 19 Mei 2025
Pengalaman Ilmu Raja Al Hikmah + Zikir Sunan Bonang
Pengalaman Ilmu Raja Al Hikmah + Zikir Sunan Bonang
Khamis, 3 April 2025
RAJA AL HIKMAH
ASMAK MAUJUD SABDO RATU BANTEN
AJIAN MAUJUD SABDO RATU BANTEN Ilmu ini sangat tidak sesuai buat orang yang panas baran, tidak mampu menjaga lidah, kuat menyumpah, cepat te...
-
ILMU KEBATINAN AL JABBAR ilmu kebatinan ini boleh diamalkan tanpa puasa, tirakat dan riyadoh yang berat-berat kerana semua itu telah dilakuk...
-
AJIAN SUKMA BANTEN Faidah : 🔥membubarkan suatu perkumpulan maksiat ( baca Asma’ 7x tahan nafas lalu tiup ke pasir dan taburkan di lokasi )....







