Halaman

Memaparkan catatan dengan label Sayyidī al-Shaykh Maḥmūd al-Kurdī al-Kūrānī al-Khalwatī. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayyidī al-Shaykh Maḥmūd al-Kurdī al-Kūrānī al-Khalwatī. Papar semua catatan

Sabtu, 15 November 2025

Sayyidī al-Shaykh Maḥmūd al-Kurdī al-Kūrānī al-Khalwatī



gambar sekadar hiasan
-Sayyidi al-Shaykh Shams al-Falah as-Shabunabiy قدس سره العالية

Shan Para Masyaikh Sufiyyah - Sayyidī al-Shaykh Maḥmūd al-Kurdī al-Kūrānī al-Khalwatī

Sayyidī al-Shaykh Maḥmūd al-Kurdī al-Kūrānī al-Khalwatī — beliau dilahirkan di bandar Ṣāquṣ daripada negeri Kurān. Beliau membesar dalam keadaan bermujahadah sejak usia lima belas tahun; berpuasa sepanjang masa, menghidupkan seluruh malamnya di sebuah masjid di negerinya. Beliau terkenal sehingga masyhur keadaannya dan orang ramai datang menziarahinya. Maka beliau meninggalkan tempat itu dan mula berteduh di kawasan-kawasan runtuhan di luar negerinya supaya tidak ada sesiapa yang menyedarinya.

Dan beliau telah mengkhabarkan kepadaku berkali-kali bahawa tidak ada perkara yang mengganggunya pada waktu malam kecuali suara ayam jantan kerana kokokannya memberi isyarat akan terbitnya fajar, sedangkan beliau merasakan di malamnya itu limpahan anugerah dan rahsia-rahsia (ilahi). Kebanyakan tidurnya adalah pada siang hari. Dan kerap kali beliau bertemu dengan al-Khiḍr عليه السلام; maka beliau melihatnya sebaik sahaja beliau tidur, lalu beliau berzikir kepada Allah bersamanya sehingga beliau terjaga. Beliau tidak pernah berhenti daripada berzikir kepada Allah, sama ada dalam tidur mahupun ketika jaga.

Dan beliau pernah berkata: “Segala isi kandungan dalam kitab Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn karangan al-Ghazālī, aku telah amalkan sebelum aku membacanya. Maka apabila aku membacanya, aku memuji Allah Ta‘ālā atas petunjuk-Nya kepadaku dan atas pemeliharaan-Nya dalam mengajarku tanpa seorang guru.”

Dan ketika usianya mencapai lapan belas tahun, beliau melihat dalam mimpinya al-Shaykh Muḥammad al-Ḥifnāwī, lalu dikatakan kepadanya: “Inilah gurumu.” Maka hatinya pun terikat (cenderung) kepada beliau, lalu beliau bermusafir mencarinya sehingga sampai ke Mesir, berhimpun dengannya dan mengambil daripadanya ṭarīqah al-Khalwatiyyah.

ASMAK MAUJUD SABDO RATU BANTEN

AJIAN MAUJUD SABDO RATU BANTEN Ilmu ini sangat tidak sesuai buat orang yang panas baran, tidak mampu menjaga lidah, kuat menyumpah, cepat te...