Halaman

Memaparkan catatan dengan label Selawat Qulhu Ghaib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selawat Qulhu Ghaib. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2025

Pengalaman Selawat Qulhu Ghaib




[2/13, 2:46 PM] Razif: Assalamualaikum tuan azmye... hahahaha saya sampai naik demam menghafal solawat qulhu ghoib... sekarang ni mulut tak henti berselawat qulhu ghoib.. Memang gitu ye sesapa yg mengamal solawat qulhu ghoib?

[2/13, 3:12 PM] אזמי בן אסלי: waalaikumsalam, masya Allah, semoga Allah kurniakan tuan sir dari selawat qulhu ghoib

[2/13, 3:13 PM] Razif: Insyaa'Allah Amiin...

Isnin, 20 Januari 2025

Cerita kawan tentang Selawat Qulhu Ghaib



Cerita kawan tentang Selawat Qulhu Ghaib

[1/20, 8:25 PM] Fakhrullah: Assalamualaikum wbt kyai

[1/20, 8:26 PM] Fakhrullah: Alhamdulillah selawat qulhu ghaib mmg dpt diguna untuk pesakit zahir & batin.

[1/20, 8:27 PM] Fakhrullah: Tadi salah seorg ahli keluarga saya mengadu. sakit kepala, bdn etc... dah berlarutan beberapa minggu

[1/20, 8:27 PM] Fakhrullah: Saya bacakan selawat qulhu ghaib 7x niat syifa zahir batin kpd org tu..

[1/20, 8:28 PM] Fakhrullah: Lepas minum dia kata sakitnya berkurang dan semakin juga berkurang

[1/20, 8:59 PM] אזמי בן אסלי: waalaikumsalam, Alhamdulillah, semoga Allah memberkati tuan dan sekeluarga, amin.

Khamis, 19 Disember 2024

Selawat Qulhu Ghaib


Ijazah Selawat Qulhu Ghaib



Khasiatnya :

• Akan dikaruniakan kemudahan dalam menghafalkan Al-quran serta kemudahan dalam memahami makna yang terkandung didalamnya (khusus untuk penghafal Al-Quran).
• Akan diberi keselamatan mutlak.
• Akan dicintai oleh Nabi Muhammad ﷺ.
• Akan sering menerima kabar ghaib (dari golongan malaikat, jin, manusia, auliya' dan lain sebagainya).
• Membuka semua ilmu apa saja agar cepat terkuasai.
• Peka terhadap hal yang ghaib.
• Pembuka hijab ghaib.
• Untuk pelarisan, untuk pengasihan.
• Untuk ketenangan bathin dan ketentraman rumah tangga.
• Untuk menyembuhkan penyakit pada diri sendiri dan orang lain.
• Mengusir jin atau setan dan penyakit dari badan dengan cara dibacakan pada air dan diminumkan pada orang yang kerasukan.
• Menghilangkan rasa susah, cemas dan sedih.
• Agar mimpi bertemu Nabi Muhammad ﷺ 
• Akan menemukan kedamaian hidup dan ketenteraman dimanapun kita berada.
• Barang siapa yang mempunyai hajat, misalnya berniat akan pergi Haji, selawat tersebut dibaca 100x secara istiqomah setiap hari.
• Untuk mencegah perompak dan musuh yang banyak, ambillah segenggam tanah dari bawah telapak kaki sebelah kiri, bacakan selawat ini 7x, tiupkan pada tanah tersebut (dijampikan) dan lemparkan ke arah dimana musuh/perompak berada, maka akan terjadi kebinasaan pada mereka seketika.
• Dibaca untuk perempuan/laki-laki agar cepat menemukan jodohnya, dibaca 7 kali pada air, kemudian di minum insya Allah banyak yang 
menyukainya dan cepat menemukan jodohnya.
• Barang siapa istiqomah membaca selawat ini sehari semalam 100x, maka dengan izin Allah orang tersebut akan mendapatkan kedudukan menjadi  waliyullah (kekasih Allah).
• Barang siapa membaca Selawat ini 313x atau 1000x tiap malam 
jumaat, maka dengan Izin Allah orang tersebut dapat bertemu dengan
Baginda Nabi Muhammad ﷺ secara Ruhani dan dapat bertemu Nabi 
Khidhir 'Alaihis Salam.
• Barang siapa membaca selawat ini setiap malam 313x secara 
istiqamah, maka dengan izin Allah orang tersebut sentiasa diiringi para  Rijalul Ghaib dan tak seorang pun dapat mencelakainya baik zahir 
mahupun batin.
• Barangsiapa membaca Selawat ini 1000x setiap hari secara istiqamah maka dengan izin Allah akan dicukupi nafkahnya melalui alam ghaib.
Dengan kata lain apabila ada keinginan, Insya Allah tidak lama akan terwujud keinginannya dari mana saja sebabnya.
• Barang siapa membaca selawat ini 7x kemudian ditiupkan ke segelas air lalu diminum. Insya Allah dapat digunakan untuk mengubati sakit kepala, migrain, sakit mata, demam dan lain-lain dari penyakit zahir.
• Dapat melancarkan air susu haiwan atau wanita.

Tatacara: Barang siapa membaca selawat ini 7x kemudian ditiupkan ke segelas air sumur (lebih afdhal airnya diambil dari sumber mata air) lalu  diminumkan. Maka dengan izin Allah air susunya akan keluar lebih banyak dari sebelumnya.

• Dapat mengubati kencing tersumbat (kencing batu), kencing darah atau nanah dan juga susah melahirkan.

Tatacara: Membaca selawat ini 7x kemudian ditiupkan ke segelas air sumur (lebih afdhal airnya diambil dari sumber mata air) lalu diminumkan. Maka dengan izin Allah akan diberi kemudahan saat melahirkan. Dan penyakit yang diderita akan segera sembuh.

• Untuk terapi mengubati segala macam penyakit yang diderita, 
menghilangkan rasa takut, fobia, sering mimpi buruk, malas beribadah dan keras hati dan lain-lain.

Tatacara: setiap malam tepatnya sebelum tidur siapkan segelas air lalu 
dibacakan selawat ini 11x kemudian diminum. Insya Allah jika diamalkan rutin dengan izin Allah penyakit-penyakit seperti diatas baik zahir mahupun batin akan segera hilang atau sembuh.

• Barang siapa membaca selawat ini 100x selama 40 malam berturut 
turut. Maka dengan izin Allah orang tersebut akan dijadikan orang yg arif bijaksana dan mendapat pancaran laduni dari Allah, dan disingkapkan hijab didalam hatinya serta dikaruniakan ilmu kasyaf.
• Mengembalikan sihir yang ada di badan kepada si pengirimnya.

Tatacara: Jika ada seseorang yg terkena sihir maka letakan telapak tangan kanan pada ubun-ubun kepala orang itu sambil membaca selawat ini 41x  kemudian berdoa "Ya Allah dengan Wasilah selawat Ismul A'zham ini saya mohon Engkau kembalikan sihir yang ada ditubuh orang ini kembali kepada orang yg mengirimkannya" setelah itu tiupkan ke ubun-ubun orang itu. Maka dengan izin Allah sihir itu akan kembali menghentam ke orang yg mengirimnya.

• Barang siapa menulis sellawat ini 7x pada selembar kain kemudian kain itu dibacakan selawat ini 1000x setelah itu diberi wangian lalu tulisan itu disimpan di rumah. Maka dengan izin Allah rumah yg didalamnya terdapat tulisan selawat ini akan dikelilingi para Rijalul Ghaib yang akan menjaga rumah itu beserta penghuninya bila ada yg berniat buruk dan rumah itu akan diberkahi oleh Allah.
• Barang siapa membaca selawat ini 100x sehari semalam, maka dengan izin Allah ia akan dimudahkan mendapat rezeki yang halal dan barokah (selalu bertambah setiap waktunya).

sanadnya 

faqir Azmye
kiyai Ahmad Yani

Sebarang pertanyaan boleh hubungi : +60167770714 (Azmye)

ASMAK MAUJUD SABDO RATU BANTEN

AJIAN MAUJUD SABDO RATU BANTEN Ilmu ini sangat tidak sesuai buat orang yang panas baran, tidak mampu menjaga lidah, kuat menyumpah, cepat te...