Halaman

Memaparkan catatan dengan label Zikir Bara Tasbeeh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zikir Bara Tasbeeh. Papar semua catatan

Rabu, 12 November 2025

Zikir Bara Tasbeeh


Zikir Bara Tasbeeh

ini adalah sebuah zikir yang diajarkan oleh para masyaikh dalam tarikat chistiyyah. zikirnya sama seperti yang diajarkan dalam tarikat-tarikat yang lain. cuma dalam tarikat chistiyyah bilangan zikirnya berbeza dari tarikat yang lain.

Bara Tasbeeh bermaksud 12 tasbih. apakah 12 itu?. 12 yang dimaksudkan itu bukanlah maksud hakiki. itu hanyalah istilah penamaan supaya mudah difahami saja.

tahlil 200
isbat 400
ismuzat 600

jadi bilangan kesemuanya adalah 1200 iaitu 12 kali putaran tasbih.

zikir bara tasbeeh hendaklah dilakukan secara jihri / kuat. bagi mereka yang tidak mampu, ada keuzuran seperti sakit atau takut menimbulkan fitnah, sebaiknya mengamalkan zikir ini secara perlahan sahaja.

secara ringkas kami terangkan kaifiyat zikirnya disini.

1. istighfar 11 kali
2. selawat 11 kali
3. surah al ikhlas 13 kali

kemudian hadiahkan bacaan selawat dan surah al ikhlas tadi kepada sekalian para masyaikh tarikat chistiyyah.

3. doa :

اللهم طهر قلبي عن غيرك ونور قلبي بنور معرفتك

allahumma tohhir qolbi 'an goirika, wa nawwir qolbi binuuri ma'rifatika

ya Allah, sucikan hatiku dari selain Engkau dan cahayakan hatiku dengan cahaya makrifat-Mu

4. muraqabah & rabitah syeikh yang mengijazahkan zikir ini

الله حاضري الله ناظري الله معي

Allahu haadiri, Allah naaziri, Allahu ma'iy

5. La ilaha Illallah 200 kali
6. Illallah 400 kali
7. Allahu Allah 600 kali
8. Allah 100 kali
9. kemudian ucap syukur dan doa 

bara tasbeeh ini tidak boleh diamalkan tanpa ijazah dari guru. sekiranya diamalkan juga tanpa ijazah maka kami berlepas tangan darinya. 

zikir ini termasuk zikir derajat yang akan meningkatkan makam kita disisi Allah. sekiranya dilakukan dengan cara yang betul, maka baiklah kesannya. semakin tekun mengamalkannya, semakin bercahaya hati seseorang itu.

zikir ini bukan setakat lafaz, tapi terdapat gerakannya. jika ada yang mengambil dari kami, kami tidak akan memberikan ijazah zikir ini sekaligus. kami akan memberi bilangan yang sedikit terlebih dahulu untuk diistiqamahkan, kemudian ditingkatkan secara perlahan-lahan, contohnya seperti berikut ;

seseorang itu perlu membaca tahlil sebanyak 100 kali selama 41 hari, kemudian ditambah seratus lagi selama 41 hari. kemudian ditambah isbat sebanyak seratus kali selama 41 hari. begitulah seterusnya sehingga sampai kepada bilangan puluhan ribu kali.


untuk penerangan lebih lanjut dan ijazahnya, boleh hubungi kami. 

+60167770714

ASMAK MAUJUD SABDO RATU BANTEN

AJIAN MAUJUD SABDO RATU BANTEN Ilmu ini sangat tidak sesuai buat orang yang panas baran, tidak mampu menjaga lidah, kuat menyumpah, cepat te...