🌞 Pengalaman Asmak Gendam 9 🌞
[10/19, 14:09] اكمل: Asmak ini kalau Ustaz masa ambil ijazah tu apa ya yang jadi?
[10/19, 14:09] اكمل: Minta maaf ya saya tanya🙏
[10/19, 14:09] אזמי בן אסלי: Jadi seperti apa maksudnya
[10/19, 14:09] اكمل: Macam saya rasa macam seronok.
[10/19, 14:10] אזמי בן אסלי: Alhamdulillah, itu tanda rasi
[10/19, 14:10] אזמי בן אסלי: Serasi
[10/19, 14:10] اكمل: Rasa macam seronok saja.
[10/19, 14:10] אזמי בן אסלי: Orang bilang "rasi"
[10/19, 14:10] اكمل: Rasa tenang pun ada.
[10/19, 14:10] אזמי בן אסלי: Asmak Kasyifa memang itu salah satu fungsinya tuan
[10/19, 14:10] اكمل: Eh saya ambil Asmak Gendam 9.
[10/19, 14:11] אזמי בן אסלי: Oh astaga
[10/19, 14:11] אזמי בן אסלי: Hahahaha
[10/19, 14:11] אזמי בן אסלי: Jap
[10/19, 14:11] اكمل: Saya masih cuba hafal lagi.
[10/19, 14:12] אזמי בן אסלי: Sekadar cerita...
Ilmu hikmah adalah ilmu yang penting dalam islam. Ini menurut tafsiran dan pendapat guru saya sendiri yang tinggal di kelantan iaitu M**** ****** (tidak boleh sebut nama😆).
Dalam agama islam terutamanya, ada beberapa kerja usaha nubuwwah kenabian, kerja para nabi iaitu dakwah, ta'lim, tazkiyyah dan hikmah.
Hikmah itu sendiri banyak tafsiran dan pendapatnya. Menurut guru saya, hikmah itu adalah ilmu hikmah atau boleh juga kita sebut sebagai ilmu hikmat.
Sebenarnya, satu ijazah ilmu hikmat saja sudah mencukupi untuk sepanjang hidup kita kerana ilmu hikmat umpama lautan, tidak berpenghujung dan tiada siapa yang tahu betapa dalamnya lautan itu.
Orang yang tenggelam dalam ilmu hikmat berpuluh tahun itu sendiri, tidak tahu berapa dalam dasar laut yang perlu dia selami lagi. Semakin banyak ilmu hikmat yang kita pelajari atau sekadar ambil nisbat hubungan saja. Maka semakin mudah dan tenanglah hidup kita. Itulah kenapa, kalau kita tengok tok nenek kita yang memiliki ilmu hikmat, hidup mereka lebih tenang walaupun hidup ala kadar saja.
Satu ilmu hikmah, memiliki jutaan hikmah. Namanya pun hikmah. Jadi orang yang kejar ilmu hikmah semata-mata melihat khasiat dan kelebihan. Fikiran dan pengalaman mereka akan menjadi sempit, sebab hakikat sebenarnya, sebuah ilmu memiliki lebih daripada apa yang disampaikan.
Ada yang ambil ilmu pagar diri contohnya, tapi dalam masa yang sama orang segan dengan dia, dia mendapat kasyaf, dia mendapat kekayaan, hidupnya lancar umpama air yang mengalir. Walaupun ilmu yang dia amalkan itu tiada kaitan pun dengan khasiat tersebut. Tapi berkat niat yang tulus, ikhlas dan baik. Allah akan membuka rahsia-rahsia yang disebut sebagai sirr.
Sirr rahsia hanya ada pada mereka yang beramal dan ikhlas. Marilah kita sama-sama perbetulkan niat. Mudah-mudahan Allah terima segala niat dan amal baik kita. Intaha
[10/19, 14:12] אזמי בן אסלי: Tuan boleh baca ni, kalau rajin
[10/19, 14:12] אזמי בן אסלי: Kesimpulannya, 1 ilmu hikmah memiliki jutaan hikmat
[10/19, 14:12] אזמי בן אסלי: Apa yg ditulis itu sedikit saja
[10/19, 14:13] אזמי בן אסלי: Kadang murid amal 1 ilmu saja dari guru, tapi berkat dari amalan amalan guru yang lain akan sampai juga pada murid
[10/19, 14:13] אזמי בן אסלי: Wallahu a'lam
[10/19, 14:14] اكمل: Ooo baru saya faham.