" Jabal Qaf"
setelah kejadian terbukanya portal dimensi, idris mula berhijrah ke desa lain untuk mencari guru lain bagi menambahkan pengalamannya dalam dunia hikmah. dia semakin suka bersunyi diri dalam sebuah gua di bukit, kaki pegunungan Tihamah. Hidupnya sederhana, namun jiwanya senantiasa gelisah. Sejak kecil, dia sering bermimpi tentang tempat aneh—penuh cahaya biru kehijauan, dengan angin yang berbisik dalam bahasa yang tak pernah diajarkan manusia.
suatu masa setelah selesai khalwatnya 7 malam, beliau turun ke desa untuk mendapatkan bimbingan lanjut dari seorang guru tua, Kyai Mizan, beliau dikenal sebagai seorang ahli hikmah yang jarang berkata-kata tanpa makna.
Suatu malam, setelah selesai wirid Jaljalut dan Jaushan Kabir, Kyai Mizan menyerahkan sehelai kertas usang pada idris.
"Ini adalah Ilmu Raja Al Hikmah yang didapatkan secara turun temurun. Tidak sembarang orang boleh mengamalkannya. memandangkan kamu telah menyelesaikan khalwat, maka aku ijazahkan amalan ini kepada kamu. amalkan dengan niat yang suci, dan jangan pernah meminta balasan duniawi. Jika waktunya tiba, kamu akan melihat sesuatu yang bukan milik dunia ini.”
idris pun mengamalkan wirid tersebut setiap malam, selepas solat tahajjud. 9 bulan berlalu, zikirnya mula memiliki ruh yang tersendiri, tanpa sebarang kejadian yang mencarik adat sepanjang tempoh beramal, idris tetap istiqamah dengan ilmu tersebut. pada suatu malam saat purnama bersinar terang, desa yang tanpa elektrik tersebut kelihatan terang, orang kampung yang biasa berjalan membawa pelita kini boleh saja berjalan tanpa menggunakan pelita. saat idris melakukan wirid di kawasan luar rumahnya dia merasakan tanah sekelilingnya bergetar halus di bawah sajadahnya. lalu, dalam keadaan antara jaga dan lena, dia melihat sebuah pintu bercahaya terbuka di hadapannya.
tanpa ragu, dia melangkah masuk. dia kini berada di lembah biru yang luar biasa luasnya, redup dan menenangkan. langitnya berlapis-lapis, gunung-gunungnya tinggi seperti mencakar langit, dan suara-suara makhluk ruhani bergema dalam irama zikir.
dia mulai tahu… inilah *Jabal Qaf*, gunung ghaib yang disebut dalam hikayat orang-orang arif yang pernah gurunya ceritakan dulu.
di sana, idris bertemu makhluk ruhani yang bersinar halus. sebahagian dari mereka adalah dari kalangan manusia, sebahagian lagi kelihatan seperti cahaya. mereka menyambut idris tanpa suara, tetapi dengan kedamaian yang menusuk dadanya.
“idris,” suara itu datang dari dalam dirinya sendiri, “kamu telah dibersihkan melalui wirid dan ikhlas. tujuanmu bukan kuasa, tetapi makrifah pada Tuhan.”
di Jabal Qaf itu, idris mula belajar bahasa para malaikat, mendengar rahsia kewujudan, belajar rahsia huruf, dan mengetahui bahawa segala apa yang dilihat di dunia hanyalah bayangan daripada hakikat yang lebih agung. dia berada di sana tanpa merasa lapar, dahaga dan mengantuk.
namun, selepas tujuh hari di sana, dia diperintahkan untuk pulang. idris bertanya, bagaimana caranya agar dia dapat pulang.
"hendaklah kamu membaca manaqib Syeikh Abdul Qadir Al Jailani sebanyak 41 khatam sekali duduk"
lantas dia diberikan sebuah kitab manaqib tersebut setelah selesai pembacaannya, dia mula merasa mengantuk.
subuh itu, orang-orang kampung menemukannya terbaring di masjid dengan air mata kering di pipi. Dia tidak menceritakan pengalamannya pada siapa pun, kecuali pada Kyai Mizan. Guru tua itu hanya tersenyum, seakan tahu.
“kamu telah sampai ke tempat yang hanya bisa didatangi oleh orang-orang yang tidak ingin sampai ke sana, ucaplah syukur dan takutlah pada Allah.”
AZMYE
6 May 2025

Tiada ulasan:
Catat Ulasan