Halaman

Sabtu, 5 Julai 2025

Tirakat Melek

Tirakat Melek



guru cerita, beliau tirakat melek (tidak tidur sepanjang malam sehingga subuh) selama 3 tahun. siangnya boleh tidur, tapi janganlah qadha 8 jam waktu malam tu. kalau ada yang tanya, apa yang perlu diamalkan sepanjang malam itu? jawapannya, terserah mahu amal apa. diutamakan amal amalan masnunah, seperti solat tahajud, baca al-quran, zikir dan sebagainya. atau boleh beramal dengan ilmu yang telah diijazahkan oleh guru-guru. boleh juga menggunakan waktu itu untuk membaca kitab, muraqabah, dan sebagainya.

yang masih bujang, kalau mahu amal, bolehlah amalkan kalau mampu. sehari tirakat melek sama seperti tirakat biasa 7 hari. tidak digalakkan buat mereka yang memiliki pekerjaan berat, sudah berumahtangga dan masih sekolah. 

tirakat ini sesuai buat guru-guru agama yang sibuk dalam mengajar, ahli tajrid, ahli suffah, orang yang sudah putus asa dalam hidup dan mereka yang dikurniakan keluasan rezeki tanpa bekerja sepanjang hari.

tiada paksaan untuk mengamalkan tirakat ini. ianya bukan satu kewajipan dan tidak ada tuntutan pun untuk buat. tapi tidaklah salah kalau mahu dibuat. dianjurkan buat pengamal ilmu hikmah untuk mencubanya, baru lah benar disebut ahli hikmah.

malam diciptakan untuk kita berehat. namun, sangatlah disayangkan, malam yang panjang itu hanya digunakan untuk tidur saja, kemudian pada waktu siang pula digunakan untuk kelalaian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ASMAK MAUJUD SABDO RATU BANTEN

AJIAN MAUJUD SABDO RATU BANTEN Ilmu ini sangat tidak sesuai buat orang yang panas baran, tidak mampu menjaga lidah, kuat menyumpah, cepat te...