TA'WIZ ASHABUL KAHFI
cerita tentang ta'wiz atau orang-orang biasa menyebutnya sebagai "azimat". saya teringat pada masa merebaknya wabak covid dulu. seorang guru saya di pakistan mengajarkan saya sebuah azimat ashabul kahfi.
cara menulisnya itu tidak ditetapkan kaedah khusus. cukup tulis dan bawa saja. tujuannya adalah untuk perlindungan khususnya dari wabak covid.
kalau merujuk kitab mujarabat masyaikh naqshaband, lafaz azimatnya seperti ini ;
بسم الله الرحمن الرحيم إلهي بحرمة يمليخا مكسلمينا ميلسنامرتوش دبدطنوش شادنوش مرطونس اسم كلبهم قطمير
selang beberapa tahun kemudian, saya dapat lagi sebuah ijazah azimat ashabul kahfi dari tanah nusantara. namun kali ini, azimatnya memiliki kaedah tulis. harus dengan bulatan berserta bacaan tertentu.
bila saya perhatikan, nama-nama ashabul kahfinya juga sedikit berbeza iaitu ;
مكسلمينا تمليخا مرطونس نينونس ساربونس ذونوانس فليستطيونس
ditulis secara melingkar dan ditengahnya diletakkan nama kalbun (anjing) ashabul kahfi iaitu قطمير
catatan :
azimat ini harus sentiasa dibawa dan dalam masa yang sama ada amalannya yang harus dibaca juga. ada yang dibaca setelah solat dan ada pula yang dibaca secara bebas. khasiat dari azimat ini juga banyak, tapi saya masih sedikit malas. tambahan lagi, pengetahuan saya tentang azimat ashabul kahfi ini masih terlalu dangkal.
sekiranya berminat untuk mendapatkan azimatnya, boleh wasap saya +60167770714.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan