Halaman

Jumaat, 13 Jun 2025

Amalan Agar Dihindari Dari Kefakiran

Amalan Agar Dihindari Kefakiran


لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ

"Tiada Tuhan melainkan Allah, Raja yang Maha Benar lagi Nyata."

sesiapa yang membacanya seratus kali setiap hari, Allah akan mencukupkan keperluannya dan melindunginya daripada kefakiran serta azab kubur.


Khamis, 12 Jun 2025

Pengalaman Ilmu “Raja al-Hikmah”

cerita salah seorang kawan tentang ilmu "Raja Al Hikmah"

latihan meraga sukma melanglang buana



[6/13, 1:20 PM] nor afham: Baru terjaga dari tidur tghari lps zohor td. Dr kelmarin dah cuba paktiskan ilmu hikmah utk masuk smada ke alam khodam atau alam ruhani. Tulis asma' 11 kali atas kertas lps tu letak bawah bantal. Ni kali ke tiga tidur baru ada mimpi aneh

[6/13, 1:30 PM] nor afham: Dalam mimpi, suasana seperti dalam bangunan mcm sekolah yang 3 tingkat tu, dkt luar bangunan ada separti pokok delima besar² buah dia, pokoknya setinggi 3 tingkat, tp jenis pokok tak sama mcm pokok delima biasa. Pokoknyanya lbh kepada jenis menjalar dgn buah yg lebat tergantung² sebesar buah tembikai tp rupa buah delima. Daun yg hijau berbentuk kepala ular. Saya tika itu baru keluar dr bilik di tingkat 2, terpegun dengan pokok berkenaan dr balkoni nak² lagi dengan daun serupa ular. Terdetik di hati, ini kalau tak prasan silap² memang ada kepala ular tengah perhati. Sekali memang betul ada seekor ular hijau besar tengah perhati dr puncak atas pokok berkenaan. Bila dia prasan saya nampak dia, terus dia kejar saya sambil berubah² rupa dan corak tetapi asasnya masih ular yang berwarna hijau. Ke mana saya berlari smada masuk dlm mana² bilik atau berlari diluar, ular berkenaan tetap berjaya hampiri saya dgn rupa² yg berbeza td mengikut persekitaran tapi masih berwarna hijau. Kemudian saya sedar yg saya berada di alam mimpi, bukan realiti. Bila niat nak berhenti berlari dan hadapi ular berkenaan, terus saya terjaga dari tidur jam 2.50pm

Rabu, 4 Jun 2025

Pengalaman As. RDR Malaikat Arasy

Pengalaman As. RDR Malaikat Arasy


beberapa tahun lalu, mustika ini sudah diberi kepada praktisi lain yang mahir dalam menjaga barang seperti ini, biliknya dipenuhi geliga dan batu mustika, kerana pemilik asalnya tidak mampu menjaga, dia berikan kepada praktisi itu. semalam mustika ini datang kembali.

wallahu a'lam. 

pemiliknya seorang pengamal As. RDR Malaikat Arasy.





Isnin, 19 Mei 2025

Pengalaman Ilmu Raja Al Hikmah + Zikir Sunan Bonang





Pengalaman Ilmu Raja Al Hikmah + Zikir Sunan Bonang


antara cerita seorang kawan tentang pengalamannya mengamalkan ilmu Raja Al Hikmah + zikir Sunan Bonang.

seperti yang diajarkan guru kami, menuliskan pengalaman menggunakan pen dan kertas itu penting. 

1. qalam/pen/alat menulis memiliki keberkahannya yang tersendiri. dengan menghormati alat tulis, ilmu seseorang akan diberkahi. 
2. sebagai sarana afirmasi, meneguhkan dan memantapkan ilmu yang telah dipelajari.
3. agar dapat muhasabah dan merenungi sejauh mana sudah perubahan yang dirasai.
4. sebagai pengalaman peribadi agar tidak lupa, penting untuk dicatat, seandainya dipilih menjadi seorang guru atau pemimpin, pengalamannya boleh digunakan untuk memimpin murid.
5. sebagai bentuk kesyukuran atas segala nikmat.
6. agar tidak lupa diri, kadang faedah, kesan, pengalaman dah banyak, disebabkan lupa semuanya akibat tidak dicatat, maka seseorang cenderung untuk lupa diri.

biasanya, murid yang selalu memberi laporan ahwal dirinya kepada guru akan semakin maju dalam apa-apa bidang yang dia ceburi. berkah syukur atas ilmu, berterima kasih kepada guru, tawajjuh dan doa gurunya.

Jumaat, 16 Mei 2025

Asma' Sunan Gunung Jati




𝕀𝕛𝕒𝕫𝕒𝕙 𝕀𝕝𝕞𝕦 𝔸𝕤𝕞𝕒𝕜 𝕊𝕦𝕟𝕒𝕟 𝔾𝕦𝕟𝕦𝕟𝕘 𝕁𝕒𝕥𝕚

faidah dari ilmu ini ;

setelah ditalqin, ilmunya langsung aktif boleh digunakan. tanpa puasa, tanpa wirid, tanpa tapa, tanpa asap kemenyan, tanpa berendam, boleh dibaca dalam rumah, luar rumah dan dimana saja, tidak memiliki pantang larang dan bacaannya juga sangat pendek.

kegunaannya ;

multifungsi untuk segala hajat dunia dan akhirat
sambatan wali sunan gunung jati
untuk urusan zahir mahu pun ghaib
untuk pengubatan sakit medic atau non medic
kewibawaan dan kharisma
penjagaan dan benteng yang kukuh
dan banyak lagi khasiat lainnya yang hanya boleh diakses oleh pengamal ilmu ini.

𝐌𝐚𝐡𝐚𝐫 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨 : 𝐑𝐌𝟏𝟔𝟗
𝐌𝐚𝐡𝐚𝐫 𝐀𝐬𝐚𝐥 : 𝐑𝐌𝟑𝟑𝟑 (sentiasa meningkat)

sila wasap, jangan malu

Azmye Asli
+60167770714

Selasa, 6 Mei 2025

Cerita "Jabal Qaf"




" Jabal Qaf"

setelah kejadian terbukanya portal dimensi, idris mula berhijrah ke desa lain untuk mencari guru lain bagi menambahkan pengalamannya dalam dunia hikmah. dia semakin suka bersunyi diri dalam sebuah gua di bukit, kaki pegunungan Tihamah. Hidupnya sederhana, namun jiwanya senantiasa gelisah. Sejak kecil, dia sering bermimpi tentang tempat aneh—penuh cahaya biru kehijauan, dengan angin yang berbisik dalam bahasa yang tak pernah diajarkan manusia.

suatu masa setelah selesai khalwatnya 7 malam, beliau turun ke desa untuk mendapatkan bimbingan lanjut dari seorang guru tua, Kyai Mizan, beliau dikenal sebagai seorang ahli hikmah yang jarang berkata-kata tanpa makna. 

Suatu malam, setelah selesai wirid Jaljalut dan Jaushan Kabir, Kyai Mizan menyerahkan sehelai kertas usang pada idris. 

"Ini adalah Ilmu Raja Al Hikmah yang didapatkan secara turun temurun. Tidak sembarang orang boleh mengamalkannya. memandangkan kamu telah menyelesaikan khalwat, maka aku ijazahkan amalan ini kepada kamu. amalkan dengan niat yang suci, dan jangan pernah meminta balasan duniawi. Jika waktunya tiba, kamu akan melihat sesuatu yang bukan milik dunia ini.”

idris pun mengamalkan wirid tersebut setiap malam, selepas solat tahajjud. 9 bulan berlalu, zikirnya mula memiliki ruh yang tersendiri, tanpa sebarang kejadian yang mencarik adat sepanjang tempoh beramal, idris tetap istiqamah dengan ilmu tersebut.  pada suatu malam saat purnama bersinar terang, desa yang tanpa elektrik tersebut kelihatan terang, orang kampung yang biasa berjalan membawa pelita kini boleh saja berjalan tanpa menggunakan pelita. saat idris melakukan wirid di kawasan luar rumahnya dia merasakan tanah sekelilingnya bergetar halus di bawah sajadahnya. lalu, dalam keadaan antara jaga dan lena, dia melihat sebuah pintu bercahaya terbuka di hadapannya.

tanpa ragu, dia melangkah masuk. dia kini berada di lembah biru yang luar biasa luasnya, redup dan menenangkan. langitnya berlapis-lapis, gunung-gunungnya tinggi seperti mencakar langit, dan suara-suara makhluk ruhani bergema dalam irama zikir.

dia mulai tahu… inilah *Jabal Qaf*, gunung ghaib yang disebut dalam hikayat orang-orang arif yang pernah gurunya ceritakan dulu.

di sana, idris bertemu makhluk ruhani yang bersinar halus. sebahagian dari mereka adalah dari kalangan manusia, sebahagian lagi kelihatan seperti cahaya. mereka menyambut idris tanpa suara, tetapi dengan kedamaian yang menusuk dadanya.

“idris,” suara itu datang dari dalam dirinya sendiri, “kamu telah dibersihkan melalui wirid dan ikhlas. tujuanmu bukan kuasa, tetapi makrifah pada Tuhan.”

di Jabal Qaf itu, idris mula belajar bahasa para malaikat, mendengar rahsia kewujudan, belajar rahsia huruf, dan mengetahui bahawa segala apa yang dilihat di dunia hanyalah bayangan daripada hakikat yang lebih agung. dia berada di sana tanpa merasa lapar, dahaga dan mengantuk.

namun, selepas tujuh hari di sana, dia diperintahkan untuk pulang. idris bertanya, bagaimana caranya agar dia dapat pulang.

"hendaklah kamu membaca manaqib Syeikh Abdul Qadir Al Jailani sebanyak 41 khatam sekali duduk"

lantas dia diberikan sebuah kitab manaqib tersebut setelah selesai pembacaannya, dia mula merasa mengantuk. 

subuh itu, orang-orang kampung menemukannya terbaring di masjid dengan air mata kering di pipi. Dia tidak menceritakan pengalamannya pada siapa pun, kecuali pada Kyai Mizan. Guru tua itu hanya tersenyum, seakan tahu. 

 “kamu telah sampai ke tempat yang hanya bisa didatangi oleh orang-orang yang tidak ingin sampai ke sana, ucaplah syukur dan takutlah pada Allah.”

AZMYE
6 May 2025

Sabtu, 3 Mei 2025

Wadah Keilmuan



Wadah Keilmuan


dalam ilmu kerohanian, ilmu hikmah, ilmu spiritual dan yang serupa dengannya ada yang disebut sebagai wadah keilmuan. wadah adalah bekas yang menampung sesuatu. bila sebut wadah keilmuan, maka merujuk kepada kapasiti batin dan jiwa seseorang untuk menerima, menyimpan dan memproses ilmu, energi, waridat, futuhat dan anugerah ruhani lainnya. dalam wadah ini, segala yang disebutkan tadi akan terjaga, boleh juga kita samakan seperti gudang yang dapat menyimpan bermacam barangan di dalamnya.

antara tanda-tanda yang biasa kita dapati apabila seseorang itu memiliki wadah keilmuan yang luas adalah ;

-hatinya lapang dan tenang saat ditimpa ujian
-mampu menyimpan rahsia dan amanah
-kuat menampung ilmu, amalan, mujahadah dan zikir yang berat-berat
-peka batinnya
-emosinya stabil
-memiliki daya tarikan yang tersendiri
-mampu menerima kasyaf, ilham, hatif, petunjuk, waridat

AZMYE
3 May 2025

Jumaat, 2 Mei 2025

Cerita " Portal Dimesi"




Portal Dimensi 


Di sebuah kampung terpencil bernama Ceraup, tinggal seorang pemuda bernama Idris. Sejak kecil, dia diasuh oleh datuknya, seorang alim yang menyimpan banyak kitab hikmah dan amalan-amalan kerohanian dari para wali terdahulu. Idris bukan pemuda biasa—dia selalu tenang, pendiam, dan dalam matanya sering kelihatan rasa rindu akan sesuatu yang tak mampu dijelaskan.

Suatu malam, selepas selesai wirid dari amalan yang baru saja diijazahkan oleh datuknya iaitu *Asma'  Suryani*, Idris terdengar bisikan halus dalam hatinya: *“Pergilah ke sebuah bukit di pinggir hutan dan jangan bimbang jika hijab tersingkap.”* Tanpa bertanya, dia segera ke sana. Dalam keheningan malam, Idris duduk bersila, berzikir dalam keheningan. Udara di sekelilingnya perlahan berubah—tenang, kemudian bergetar halus.

Tiba-tiba, di hadapannya muncul cahaya berputar seperti pusaran air berwarna ungu, Ia bukan mimpi. Di hadapannya terbuka sebuah *portal dimensi*—berbentuk seperti lingkaran kabut yang bersinar. Jiwanya seolah-olah ditarik masuk. Dalam sekelip mata, dia sudah berada di ruang yang tidak berbentuk—antara alam mimpi dan realiti.

Di dalam alam itu, Idris melihat makhluk-makhluk bercahaya, dan juga bayang-bayang yang suram, Di sinilah dia menyedari: setiap amalan ilmu hikmah bukan sekadar untuk perlindungan diri atau kerezekian, tetapi juga *alat penyucian diri untuk menembus tabir ghaib*. Di sana dia telah bertemu dengan datuknya dan ruh para auliya’, datuknya hanya tersenyum, yang lain tidak berkata-kata, tetapi menyampaikan hikmah melalui rasa dan nur di hati.

Sebelum kembali ke jasadnya, Idris telah diajarkan sebuah ilmu yang bergema dalam jiwanya, iaitu :

"ya ....... bihaqqi ........ sehingga selesai"

Dia tersedar semula di bukit saat fajar mula menyinsing, namun dunia tak lagi sama dalam pandangan batinnya. Idris kini melihat dunia dengan mata yang baru. Setiap makhluk, pohon, dan angin pun baginya punya makna. Dia tahu, perjalanan hikmahnya selama ini belum pernah bermula.

AZMYE
3 May 2025

ASMAK MAUJUD SABDO RATU BANTEN

AJIAN MAUJUD SABDO RATU BANTEN Ilmu ini sangat tidak sesuai buat orang yang panas baran, tidak mampu menjaga lidah, kuat menyumpah, cepat te...