Halaman

Sabtu, 14 Jun 2025

Pengalaman Ilmu Raja Al Hikmah

Pengalaman Ilmu Raja Al Hikmah


[6/15, 5:36 AM] nor afham: Mlm td masuk tido lps 12tgh malam. Niat utk masuk alam Ruhani tika tidur nanti. Ada mimpi aneh, dlm mimpi tengah solat diwaktu malam, ada pelbagai solat dibuat dr wajib, sunat, qada (maklumlah dulu lalai lbh 15tahun tak solat ๐Ÿ˜…), tahajud sampailah ke witir. Tiap kali bacaan surah lain dibaca, ada suara dr belakang suruh baca surah Dhuha. Setiap jenis solatnya. Hampir tiap kali suara tu muncul, rasanya mcm terjaga dlm gelap pastu tertido balik. Masuk semula mimpi yg sama tgh solat, suara suruh baca surah Dhuha. Tak taulah time terjaga tu mmg realiti terjaga ataupun part of mimpi. Tp mmg sejak mula buat penyelarasan Raja Al Hikmah dr 1hb May dulu, mmg start buat sunat Dhuha setiap hari 6-12 rakaat, mmg baca surah Dhuhanya. Cuma tak buat bila turun town sekali sekala waktu siang, sunat Dhuha mmg tertinggal. 


Terlalu besar ke fadhilat Surah Dhuha berbanding surah lain mcm Al Khafirun dan yang lain²? ๐Ÿค”

[6/15, 7:38 AM] Azmye Asli: alhamdulillah, semoga Allah merahmati tuan, saya sangat gembira mendengarnya.


surah ad dhuha memang memiliki berita gembira yang jika kita hayati maknanya, hati kita akan bersangatan sedih.

[6/15, 7:43 AM] Azmye Asli: surah ad dhuha diturunkan kepada nabi ketika di mekah.


dikatakan bahawa surah ini turun setelah orang kafir mengejek nabi. mereka mengatakan bahawa Allah telah meninggalkan nabi kerana lama wahyu tidak diturunkan sehingga membuat nabi bersedih.


ada banyak riwayat yang mengatakan tentang ini, dan para ulama berbeza pendapat tentangnya.


ada yang mengatakan 15 hari, 12 hari, 25 hari dan ada juga yang mengatakan selama 40 hari wahyu tidak diturunkan.

[6/15, 7:48 AM] Azmye Asli: pada ketika itu, nabi merasa sangat sedih dan gelisah. nabi merasa risalah kenabian telah terhenti. sehingga ada riwayat yang mengatakan bahawa hampir-hampir nabi terjun dari tempat yang tinggi. namun riwayat ini diperselisihkan oleh para ulama.


akhirnya, Allah ta'ala menjawab ejekan orang-orang kafir yang mengatakan bahawa tuhan muhammad telah meninggalkan muhammad dengan firman-Nya :


Surah ad Dhuha (93:3) 


ู…َุง ูˆَุฏَّุนَูƒَ ุฑَุจُّูƒَ ูˆَู…َุง ู‚َู„َู‰ٰ ูฃ


(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

[6/15, 7:52 AM] Azmye Asli: kejamnya perkataan wanita-wanita musyrik pada ketika itu, ada yang berkata ;


saya melihat kawan kamu telah meninggalkan  kamu.


ada riwayat lain mengatakan


syaitan kamu telah meninggalkan kamu


jadi Allah balas jawapan itu dengan


ู…ุง ูˆุฏุนูƒ ุฑุจูƒ ูˆู…ุง ู‚ู„ู‰

[6/15, 7:58 AM] Azmye Asli: bila datang sumpah (demi) dalam satu ayat, maknanya itu adalah penegasan yang kuat, penting dan besarnya perkara yang hendak disampaikan.


apalagi dalam surah ad dhuha, sumpah itu datang dua kali


"demi waktu dhuha, dan demi malam apabila telah sepi.."


dua kali datang ayat sumpah

[6/15, 8 AM] nor afham: Dlm tiktok ada yg mengatakan dhuha dibaca dari matahari terbit sehingga matahari terbenam. Tp dlm surah sndri ada menyebut perihal malam yang sunyi. Saya berkira, surah ini memang sesuai dibaca pada bila² masa and dengan fahami makna ayat atau memahami maksud keseluruhan surah dhuha ini berkaitan apa, ketika baca, mmg boleh terasa sampai ke hati sebab mmg terkait dgn diri kita tanpa sedar

[6/15, 8:01 AM] Azmye Asli: "demi waktu dhuha, demi malam apabila telah sepi, tuhanmu tidak meninggalkanmu dan dia juga tidaklah benci kepadamu"

[6/15, 8:03 AM] Azmye Asli: kita bila orang yang kita cinta bila tidak layan kita, kita rasa seperti dibenci. perasaan sebegitu sangat sakit.


perasaan dibiarkan, tidak dilayan, tidak dipeduli oleh orang yang kita sayang. perasaan ini sangatlah sakit. cuba bayangkan, seorang nabi, manusia yang paling agung, kekasih tuhan, tidak diturunkan wahyu. bagaimanakah sakitnya perasaan pada ketika itu.

[6/15, 8:13 AM] Azmye Asli: kenapa Allah bersumpah dengan waktu dhuha dan waktu malam, ulama ada menjelaskan sebabnya.



demi waktu dhuha


dhuha adalah sinar cahaya matahari pagi, waktu dhuha adalah waktu mulanya naik matahari pagi, senang sebut waktu mula pagi itu bermula waktu dhuha.


para mufassirin mengatakan, apakah kaitan dhuha dengan surah ini? kerana dhuha itu adalah sinar cahaya matahari pagi ketika baru terbit, ia diumpamakan seperti sinarnya cahaya wahyu.


terus apa kaitannya dengan "waktu malam apabila sepi"? kerana dunia tanpa cahaya matahari adalah kegelapan. begitu juga, hidup tanpa cahaya wahyu adalah kegelapan.

[6/15, 8:16 AM] Azmye Asli: ูˆَุฃَู…َّุง ุจِู†ِุนْู…َุฉِ ุฑَุจِّูƒَ ูَุญَุฏِّุซْ ูกูก


Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

[6/15, 8:17 AM] Azmye Asli: sekiranya kita mendapat sebuah nikmat, tidak salah pun untuk kita ceritakan nikmat itu sebagai tanda bersyukur dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk, memandang rendah orang lain dan sombong.

[6/15, 8:18 AM] Azmye Asli: contohnya kita buat satu amal, kita dapat faidahnya, tidak salah pun cerita pada guru.


atau kita dapat nikmat yang lain, tidak salah pun cerita pada orang lain. asalkan niat kita adalah untuk bersyukur.


kerana perintah Allah untuk kita ceritakan nikmat itu.

[6/15, 8:20 AM] Azmye Asli: semua ayat al quran adalah mulia, kita tidak boleh lebihkan surah ini dengan surah yang lain.

[6/15, 8:22 AM] Azmye Asli: suruhan untuk membaca surah ad dhuha itu boleh menjadi isyarat dari alam ruhani untuk memerhatikan, menghayati makna surah itu serta mengamalkan apa yang terdapat dalam surah tersebut.


boleh jadi juga itu adalah isyarat ruhani untuk mengamalkan surah tersebut. jadi, bolehlah amalkan surah tersebut dalam solat sunat mahu pun solat fardhu

[6/15, 8:23 AM] nor afham: Adakah suara berkenaan adalah roh/penjaga surah berkenaan? Kena mendalami lagi makna² tersurat dan tersirat surah ini

[6/15, 8:26 AM] Azmye Asli: kalau itu saya tidak tahu. boleh jadi itu adalah suara khadam surah, rijalul ghaib, para malaikat atau jin muslim

[6/15, 8:26 AM] Azmye Asli: boleh jadi juga itu yang dinamakan sebagai hatif, suara tanpa wujud 

Jumaat, 13 Jun 2025

Amalan Agar Dihindari Dari Kefakiran

Amalan Agar Dihindari Kefakiran


ู„َุง ุฅِู„ٰู‡َ ุฅِู„َّุง ุงู„ู„ู‡ُ ุงู„ْู…َู„ِูƒُ ุงู„ْุญَู‚ُّ ุงู„ْู…ُุจِูŠู†ُ

"Tiada Tuhan melainkan Allah, Raja yang Maha Benar lagi Nyata."

sesiapa yang membacanya seratus kali setiap hari, Allah akan mencukupkan keperluannya dan melindunginya daripada kefakiran serta azab kubur.


Khamis, 12 Jun 2025

Pengalaman Ilmu “Raja al-Hikmah”

cerita salah seorang kawan tentang ilmu "Raja Al Hikmah"

latihan meraga sukma melanglang buana



[6/13, 1:20 PM] nor afham: Baru terjaga dari tidur tghari lps zohor td. Dr kelmarin dah cuba paktiskan ilmu hikmah utk masuk smada ke alam khodam atau alam ruhani. Tulis asma' 11 kali atas kertas lps tu letak bawah bantal. Ni kali ke tiga tidur baru ada mimpi aneh

[6/13, 1:30 PM] nor afham: Dalam mimpi, suasana seperti dalam bangunan mcm sekolah yang 3 tingkat tu, dkt luar bangunan ada separti pokok delima besar² buah dia, pokoknya setinggi 3 tingkat, tp jenis pokok tak sama mcm pokok delima biasa. Pokoknyanya lbh kepada jenis menjalar dgn buah yg lebat tergantung² sebesar buah tembikai tp rupa buah delima. Daun yg hijau berbentuk kepala ular. Saya tika itu baru keluar dr bilik di tingkat 2, terpegun dengan pokok berkenaan dr balkoni nak² lagi dengan daun serupa ular. Terdetik di hati, ini kalau tak prasan silap² memang ada kepala ular tengah perhati. Sekali memang betul ada seekor ular hijau besar tengah perhati dr puncak atas pokok berkenaan. Bila dia prasan saya nampak dia, terus dia kejar saya sambil berubah² rupa dan corak tetapi asasnya masih ular yang berwarna hijau. Ke mana saya berlari smada masuk dlm mana² bilik atau berlari diluar, ular berkenaan tetap berjaya hampiri saya dgn rupa² yg berbeza td mengikut persekitaran tapi masih berwarna hijau. Kemudian saya sedar yg saya berada di alam mimpi, bukan realiti. Bila niat nak berhenti berlari dan hadapi ular berkenaan, terus saya terjaga dari tidur jam 2.50pm

Rabu, 4 Jun 2025

Pengalaman As. RDR Malaikat Arasy

Pengalaman As. RDR Malaikat Arasy


beberapa tahun lalu, mustika ini sudah diberi kepada praktisi lain yang mahir dalam menjaga barang seperti ini, biliknya dipenuhi geliga dan batu mustika, kerana pemilik asalnya tidak mampu menjaga, dia berikan kepada praktisi itu. semalam mustika ini datang kembali.

wallahu a'lam. 

pemiliknya seorang pengamal As. RDR Malaikat Arasy.





Isnin, 19 Mei 2025

Pengalaman Ilmu Raja Al Hikmah + Zikir Sunan Bonang





Pengalaman Ilmu Raja Al Hikmah + Zikir Sunan Bonang


antara cerita seorang kawan tentang pengalamannya mengamalkan ilmu Raja Al Hikmah + zikir Sunan Bonang.

seperti yang diajarkan guru kami, menuliskan pengalaman menggunakan pen dan kertas itu penting. 

1. qalam/pen/alat menulis memiliki keberkahannya yang tersendiri. dengan menghormati alat tulis, ilmu seseorang akan diberkahi. 
2. sebagai sarana afirmasi, meneguhkan dan memantapkan ilmu yang telah dipelajari.
3. agar dapat muhasabah dan merenungi sejauh mana sudah perubahan yang dirasai.
4. sebagai pengalaman peribadi agar tidak lupa, penting untuk dicatat, seandainya dipilih menjadi seorang guru atau pemimpin, pengalamannya boleh digunakan untuk memimpin murid.
5. sebagai bentuk kesyukuran atas segala nikmat.
6. agar tidak lupa diri, kadang faedah, kesan, pengalaman dah banyak, disebabkan lupa semuanya akibat tidak dicatat, maka seseorang cenderung untuk lupa diri.

biasanya, murid yang selalu memberi laporan ahwal dirinya kepada guru akan semakin maju dalam apa-apa bidang yang dia ceburi. berkah syukur atas ilmu, berterima kasih kepada guru, tawajjuh dan doa gurunya.

Jumaat, 16 Mei 2025

Asma' Sunan Gunung Jati




๐•€๐•›๐•’๐•ซ๐•’๐•™ ๐•€๐•๐•ž๐•ฆ ๐”ธ๐•ค๐•ž๐•’๐•œ ๐•Š๐•ฆ๐•Ÿ๐•’๐•Ÿ ๐”พ๐•ฆ๐•Ÿ๐•ฆ๐•Ÿ๐•˜ ๐•๐•’๐•ฅ๐•š

faidah dari ilmu ini ;

setelah ditalqin, ilmunya langsung aktif boleh digunakan. tanpa puasa, tanpa wirid, tanpa tapa, tanpa asap kemenyan, tanpa berendam, boleh dibaca dalam rumah, luar rumah dan dimana saja, tidak memiliki pantang larang dan bacaannya juga sangat pendek.

kegunaannya ;

multifungsi untuk segala hajat dunia dan akhirat
sambatan wali sunan gunung jati
untuk urusan zahir mahu pun ghaib
untuk pengubatan sakit medic atau non medic
kewibawaan dan kharisma
penjagaan dan benteng yang kukuh
dan banyak lagi khasiat lainnya yang hanya boleh diakses oleh pengamal ilmu ini.

๐Œ๐š๐ก๐š๐ซ ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ : ๐‘๐Œ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ—
๐Œ๐š๐ก๐š๐ซ ๐€๐ฌ๐š๐ฅ : ๐‘๐Œ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ (sentiasa meningkat)

sila wasap, jangan malu

Azmye Asli
+60167770714

Selasa, 6 Mei 2025

Cerita "Jabal Qaf"




" Jabal Qaf"

setelah kejadian terbukanya portal dimensi, idris mula berhijrah ke desa lain untuk mencari guru lain bagi menambahkan pengalamannya dalam dunia hikmah. dia semakin suka bersunyi diri dalam sebuah gua di bukit, kaki pegunungan Tihamah. Hidupnya sederhana, namun jiwanya senantiasa gelisah. Sejak kecil, dia sering bermimpi tentang tempat aneh—penuh cahaya biru kehijauan, dengan angin yang berbisik dalam bahasa yang tak pernah diajarkan manusia.

suatu masa setelah selesai khalwatnya 7 malam, beliau turun ke desa untuk mendapatkan bimbingan lanjut dari seorang guru tua, Kyai Mizan, beliau dikenal sebagai seorang ahli hikmah yang jarang berkata-kata tanpa makna. 

Suatu malam, setelah selesai wirid Jaljalut dan Jaushan Kabir, Kyai Mizan menyerahkan sehelai kertas usang pada idris. 

"Ini adalah Ilmu Raja Al Hikmah yang didapatkan secara turun temurun. Tidak sembarang orang boleh mengamalkannya. memandangkan kamu telah menyelesaikan khalwat, maka aku ijazahkan amalan ini kepada kamu. amalkan dengan niat yang suci, dan jangan pernah meminta balasan duniawi. Jika waktunya tiba, kamu akan melihat sesuatu yang bukan milik dunia ini.”

idris pun mengamalkan wirid tersebut setiap malam, selepas solat tahajjud. 9 bulan berlalu, zikirnya mula memiliki ruh yang tersendiri, tanpa sebarang kejadian yang mencarik adat sepanjang tempoh beramal, idris tetap istiqamah dengan ilmu tersebut.  pada suatu malam saat purnama bersinar terang, desa yang tanpa elektrik tersebut kelihatan terang, orang kampung yang biasa berjalan membawa pelita kini boleh saja berjalan tanpa menggunakan pelita. saat idris melakukan wirid di kawasan luar rumahnya dia merasakan tanah sekelilingnya bergetar halus di bawah sajadahnya. lalu, dalam keadaan antara jaga dan lena, dia melihat sebuah pintu bercahaya terbuka di hadapannya.

tanpa ragu, dia melangkah masuk. dia kini berada di lembah biru yang luar biasa luasnya, redup dan menenangkan. langitnya berlapis-lapis, gunung-gunungnya tinggi seperti mencakar langit, dan suara-suara makhluk ruhani bergema dalam irama zikir.

dia mulai tahu… inilah *Jabal Qaf*, gunung ghaib yang disebut dalam hikayat orang-orang arif yang pernah gurunya ceritakan dulu.

di sana, idris bertemu makhluk ruhani yang bersinar halus. sebahagian dari mereka adalah dari kalangan manusia, sebahagian lagi kelihatan seperti cahaya. mereka menyambut idris tanpa suara, tetapi dengan kedamaian yang menusuk dadanya.

“idris,” suara itu datang dari dalam dirinya sendiri, “kamu telah dibersihkan melalui wirid dan ikhlas. tujuanmu bukan kuasa, tetapi makrifah pada Tuhan.”

di Jabal Qaf itu, idris mula belajar bahasa para malaikat, mendengar rahsia kewujudan, belajar rahsia huruf, dan mengetahui bahawa segala apa yang dilihat di dunia hanyalah bayangan daripada hakikat yang lebih agung. dia berada di sana tanpa merasa lapar, dahaga dan mengantuk.

namun, selepas tujuh hari di sana, dia diperintahkan untuk pulang. idris bertanya, bagaimana caranya agar dia dapat pulang.

"hendaklah kamu membaca manaqib Syeikh Abdul Qadir Al Jailani sebanyak 41 khatam sekali duduk"

lantas dia diberikan sebuah kitab manaqib tersebut setelah selesai pembacaannya, dia mula merasa mengantuk. 

subuh itu, orang-orang kampung menemukannya terbaring di masjid dengan air mata kering di pipi. Dia tidak menceritakan pengalamannya pada siapa pun, kecuali pada Kyai Mizan. Guru tua itu hanya tersenyum, seakan tahu. 

 “kamu telah sampai ke tempat yang hanya bisa didatangi oleh orang-orang yang tidak ingin sampai ke sana, ucaplah syukur dan takutlah pada Allah.”

AZMYE
6 May 2025

Sabtu, 3 Mei 2025

Wadah Keilmuan



Wadah Keilmuan


dalam ilmu kerohanian, ilmu hikmah, ilmu spiritual dan yang serupa dengannya ada yang disebut sebagai wadah keilmuan. wadah adalah bekas yang menampung sesuatu. bila sebut wadah keilmuan, maka merujuk kepada kapasiti batin dan jiwa seseorang untuk menerima, menyimpan dan memproses ilmu, energi, waridat, futuhat dan anugerah ruhani lainnya. dalam wadah ini, segala yang disebutkan tadi akan terjaga, boleh juga kita samakan seperti gudang yang dapat menyimpan bermacam barangan di dalamnya.

antara tanda-tanda yang biasa kita dapati apabila seseorang itu memiliki wadah keilmuan yang luas adalah ;

-hatinya lapang dan tenang saat ditimpa ujian
-mampu menyimpan rahsia dan amanah
-kuat menampung ilmu, amalan, mujahadah dan zikir yang berat-berat
-peka batinnya
-emosinya stabil
-memiliki daya tarikan yang tersendiri
-mampu menerima kasyaf, ilham, hatif, petunjuk, waridat

AZMYE
3 May 2025

ASMAK MAUJUD SABDO RATU BANTEN

AJIAN MAUJUD SABDO RATU BANTEN Ilmu ini sangat tidak sesuai buat orang yang panas baran, tidak mampu menjaga lidah, kuat menyumpah, cepat te...